v Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )
JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada
tahun 1961 .Ia dipengerusi oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah )
. Antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( Singapura
) , Dato’ Mustapha Dato’ Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng (
Sarawak ) dan Dato’ Setia Pangeran Ali ( Brunei ).
Tujuan JPPM ditubuhkan ialah :
- Memberitahu orang ramai
mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai (Sabah, dan Sarawak ).
- Mengumpulkan sambutan mereka
terhadap Malaysia.
- Menyediakan memorandum
mengenai cara pembentukan Malaysia.
JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan
Sarawak mengemukakan pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan
4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala
Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).
Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan
penubuhan Malaysia semakin mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih
mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian,
JPPM akhirnya berjaya menyusun satu memorandum yang ditandatagani oleh
wakil –wakil,dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari
1962. Antara isi kandungan memorandum ini ialah:
- Perlembagaan Tanah
Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
- Kerajaan
Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
- Islam sebagai agama
rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
- Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi
bahasa lain masih boleh digunakan.
- Hak istimewa
seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
- Sabah, Sarawak
berhak mengawal imigrasennya sendiri
- Perwakilan
Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
- Memorandum ini
disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment