Friday, 6 February 2015

    SURUHANJAYA COBBOLD




      Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962.Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli – ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini berlansung dari 21 – 23 november 1961.
Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah:
-  Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawa mengenai Malaysia.

-  Membuat syor – syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan dan 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa 80% daripada rajyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak :
§  1/3 menyokong kuat Malaysia

§  1/3 menyokong dengan syarat

§  1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor – syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
·         Nama persekutuan baru – Malaysia

·         Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia

·         Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin

·         Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendirI

·         Penduduk pribumi Sabah dan Sarawakdibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin


 ·         Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputra, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawakditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing – masing

·         Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing – masing membuat keputusan

Hampir semua syor diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu dan British dan pada 1 Ogos 1962 Persekutuan Malaysia diumumkan dan Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia

No comments: