Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua –dua negara dengan Tanah Melayu. Rundingan ini diadakan pada :
o
Bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri Luar Negara
Indonesia di Tokyo.
o
Bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden Surkarno dan
Presiden Macapagal di Manila.
Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah
dipajak dan bukan diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan
Alfred Dent pada tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan
Sulu pada tahun 1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana
mendakwa Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang mengacam
Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.
Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan . Pemimpin
ketiga – tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa –bangsa
Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandagan penduduk Sabah dan Sarawak
mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh
Lawrence MicHaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September
1963. Antara isi laporannya ialah :
o
Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai
Persekutuaan Malaysia.
o
Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar.
Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963
terpaksa ditundakan. Mengikut laporan PBB itu, lebih 70% daripada rakyat Sabah
dan Sarawak menyokong penubuhan Malysia. Maka pada 16
September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.
No comments:
Post a Comment