Friday, 6 February 2015

    JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien  sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.
Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu memorandum yang mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah. Akan tetapi pemimpin-pemimpin Sarawak tidak mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju dengan perkara yang terkandung dalam perkara 20. Antara 20 perkara yang dikemukan ialah :

-  Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah.

-  Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah tetapi menerima bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

-  Imigresen ( kemasukan orang asing ) adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Sabah.
-  Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.

-   Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri di samping bilangan penduduk.

JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua – dua Majlis ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan JAK telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan. Laporan itu menjamin :

·         Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.

·         Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.

·         Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.

Berdasarkan kepada Laporan JAK itu, Perjanjian Malaysia ditandatangi di London pada 9 Julai 1963. Antara isi kandungan Laporan JAK ialah :

·         Agama Islam adalah rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.

·         Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak.

·         Imigresan adalah hak kuasa Pusat tetapi kerajaan Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal imigresannya sendiri.

·         Pendidikan adalah perkara Persekutuan tetapi sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan.

·         Perwakilan Parlimen, JAK memperuntukan 16 kerusi kepada Sabah, 24 kerusi kepada Sarawak dan 15 kerusi kepada Singapura.



No comments: