REAKSI
NEGARA-NEGARA LUAR TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA
1)INDONESIA
· Indonesia
telah membantah pembentukan Malaysia. Pada peringkat
awal Indonesia tidak
menunjukkan sebarang reaksi terhadap
pembentukan Malaysia.
·
Tentangan
hanya muncul pada akhir tahun 1962. Indonesia berpendapat
pembentukan Malaysia
merupakan satu bentuk neokolonialisme yang
akan mengancam Indonesia.
Pandangan yang disuarakan oleh Parti
Komunis Indonesia (PKI) ini
kemudiannya telah mempengaruhi Presiden
Soekarno untuk mengisytiharkan
Dasar Konfrontasi.
·
Dasar
Konfrontasi dari segi ekonomi don kemasyarakatan dengan
konsep Ganyang Malaysia telah
diumurnkan pada 20 Januari 1963.
·
Walaupun pada peringkat permulaan berlaku serangan
terhadap kapal-kapal
nelayan Tanah Melayu dan juga
pencerobohan udara tetapi
kerajaan Persekutuan tidak
mengambil sebarang tindakan. Namun,
apabila tentera Indonesia
mula melancarkan serangan terhadap
Malaysia melalui Johor,
Sarawak dan Sabah,Malaysia telah bertindak
balas dengan bantuan tentera
Komanwel termasuklah dari Britain,
Australia, New Zealand don
Kanada. Malaysia mempunyai perjanjian
pertahanan dengan Britain.
·
Tunku
Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi
kepada Setiausaha Agung
Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan
pencerobohan Indonesia terhadap Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah.
·
Bagaimanapun,
ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari
segi ekonomi tidak berlaku
kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.
·
Malaysia
terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara
dan rakyatnya apabila
Indonesia bertindak memburukkan nama
Malaysia di negara Afro-Asia dan negara
Dunia Ketiga. Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak
telah mengadakan lawatan ke beberapa
buah negara Afrika bagi
menjelaskan masalah hubungan diplomatik
antara Indonesia dengan Malaysia.
· Hubungan
tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September
1965 apabila berlaku
pemberontakan berseniata di Indonesia. Jeneral
Soeharto telah menggulingkan
Presiden Soekarno. Presiden Soeharto
kemudiannya menghantar Menteri
Luar Indonesia, Adam Malik, bagi
memulihara hubungan diplomatik
Malaysia-Indonesia.
- Menjelang
bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap
Malaysia .
2) FILIPINA
·
Kerajaan
Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat
pengumuman rasmi menuntut hak
terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
·
Kerajaan
Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan
sebahagian daripada milik
Kesultanan Sulu. Tuntutan ini berdasarkan
perjanjian yang ditandatangani pada
22 Januari 1878 antara Sultan
Jamalul Alam dengan Baron Von
Overbeck. Baron Von Overbeck
kemudian telah menjualkan haknya
kepada Alfred Dent yang telah
menubuhkan syarikat perdagangan
yang berjaya memperoleh Piagam
Diraja daripada British. Pada tahun
188 1, syarikat ini dikenali sebagai
Syarikat British Utara Borneo
(SBUB). Syarikat inilah yang memerintah
Sabah sehingga kedatangan Jepun.
·
Pada
tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada
kerajaan British. Walau
bagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan
tamat oleh waris Sultan Sulu yang
terakhir, iaitu Sultan Esmail Kiram
pada 22 Januari 1958. Menjelang bulan Jun
1966, Filipina telah mengiktiraf
penubuhan Malaysia. Pengiktirafan ini
diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia.