Sunday, 8 March 2015

                                       JAWATAN KUASA ANTARA KERAJAAN



  
               
                    SURUHANJAYA COBBOLD


 AHLI AHLI SURUHANJAYA COBBOLD 


Friday, 6 February 2015

             PENGISYTHIRAN MALAYSIA


    Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua –dua negara dengan Tanah Melayu. Rundingan ini diadakan pada :                                                                                                                                                                    


o   Bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri Luar Negara Indonesia di Tokyo.

o   Bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden Surkarno dan Presiden Macapagal di Manila.

Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun 1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang mengacam Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.

Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan . Pemimpin ketiga – tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa –bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandagan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence MicHaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Antara isi laporannya ialah :

o   Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuaan Malaysia.
o   Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar.

Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditundakan. Mengikut laporan PBB itu, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

            REFERENDUM SINGAPURA 





   Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum sebagai satu cara meninjua pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujauan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di singapura menyokong cadangan Malaysia, Cuma pandagan dan pendiraian mereka juda diambul kira.dalam pungutan suara ini rakyat singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu :


·         Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi ).

·         Pilihan B – rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri – negeri Melayu  lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 9442 undi ).


·         Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah – wilayah Borneo dengan penyertaan ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144 077 undi ).

Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju dengan pilihan A.

  
    JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien  sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.
Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu memorandum yang mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah. Akan tetapi pemimpin-pemimpin Sarawak tidak mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju dengan perkara yang terkandung dalam perkara 20. Antara 20 perkara yang dikemukan ialah :

-  Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah.

-  Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah tetapi menerima bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

-  Imigresen ( kemasukan orang asing ) adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Sabah.
-  Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.

-   Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri di samping bilangan penduduk.

JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua – dua Majlis ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan JAK telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan. Laporan itu menjamin :

·         Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.

·         Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.

·         Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.

Berdasarkan kepada Laporan JAK itu, Perjanjian Malaysia ditandatangi di London pada 9 Julai 1963. Antara isi kandungan Laporan JAK ialah :

·         Agama Islam adalah rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.

·         Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak.

·         Imigresan adalah hak kuasa Pusat tetapi kerajaan Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal imigresannya sendiri.

·         Pendidikan adalah perkara Persekutuan tetapi sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan.

·         Perwakilan Parlimen, JAK memperuntukan 16 kerusi kepada Sabah, 24 kerusi kepada Sarawak dan 15 kerusi kepada Singapura.



    SURUHANJAYA COBBOLD




      Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962.Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli – ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini berlansung dari 21 – 23 november 1961.
Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah:
-  Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawa mengenai Malaysia.

-  Membuat syor – syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan dan 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa 80% daripada rajyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak :
§  1/3 menyokong kuat Malaysia

§  1/3 menyokong dengan syarat

§  1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor – syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
·         Nama persekutuan baru – Malaysia

·         Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia

·         Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin

·         Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendirI

·         Penduduk pribumi Sabah dan Sarawakdibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin


 ·         Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputra, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawakditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing – masing

·         Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing – masing membuat keputusan

Hampir semua syor diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu dan British dan pada 1 Ogos 1962 Persekutuan Malaysia diumumkan dan Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia
     
    v  Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )
JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 .Ia dipengerusi oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah ) . Antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( Singapura ) , Dato’ Mustapha Dato’ Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato’ Setia Pangeran Ali ( Brunei ).

 Tujuan JPPM ditubuhkan ialah :
- Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai (Sabah, dan Sarawak ).

- Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.

- Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).

Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya berjaya menyusun  satu memorandum yang ditandatagani oleh wakil –wakil,dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Antara isi kandungan memorandum ini ialah:
-  Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.

-   Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.

-   Islam sebagai agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.

-    Bahasa Melayu sebagai  bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh  digunakan.

-   Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.

-   Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri

-    Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

-   Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
      PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA


   Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi darjah minat itu berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri anggota yang lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses – proses  pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM ), Suruhanjaya CobboldJawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) , Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.
   REAKSI NEGARA-NEGARA LUAR TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA 


   1)INDONESIA

      ·           Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia. Pada peringkat
                  awal Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap
                  pembentukan Malaysia.

·         Tentangan hanya muncul pada akhir tahun 1962. Indonesia berpendapat
                  pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang
                  akan mengancam Indonesia. Pandangan yang disuarakan oleh Parti
                  Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah mempengaruhi Presiden
                  Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.

·         Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi don kemasyarakatan dengan
                  konsep Ganyang Malaysia telah diumurnkan pada 20 Januari 1963.

·         Walaupun  pada peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapal-kapal
                  nelayan Tanah Melayu dan juga pencerobohan udara tetapi
                  kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang tindakan. Namun,
                  apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap
                  Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah,Malaysia telah bertindak
                  balas dengan bantuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain,
                  Australia, New Zealand don Kanada. Malaysia mempunyai perjanjian
                  pertahanan dengan Britain.

·         Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi
                    kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan
   pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.                                                                                                                                                                                                                                    
·         Bagaimanapun, ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari
                  segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.     
·         Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara
                 dan rakyatnya apabila Indonesia bertindak memburukkan nama
                 Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga. Perwakilan yang                               diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa
                 buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik
                 antara Indonesia dengan Malaysia.  

       ·                     Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September
                 1965 apabila berlaku pemberontakan berseniata di Indonesia. Jeneral
                 Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno. Presiden Soeharto
                 kemudiannya menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik, bagi
                 memulihara hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.
  •              Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap

               Malaysia . 

     

     2)  FILIPINA                     




·         Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat
            pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.

·         Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan
            sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu. Tuntutan ini berdasarkan
            perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan
            Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck. Baron Von Overbeck
            kemudian telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah
            menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam
            Diraja daripada British. Pada tahun 188 1, syarikat ini dikenali sebagai
            Syarikat British Utara Borneo (SBUB). Syarikat inilah yang memerintah
            Sabah sehingga kedatangan Jepun.

·         Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada
            kerajaan British. Walau bagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan
            tamat oleh waris Sultan Sulu yang terakhir, iaitu Sultan Esmail Kiram
      pada 22 Januari 1958. Menjelang bulan Jun 1966, Filipina telah  mengiktiraf     
     penubuhan Malaysia. Pengiktirafan ini diberikan menerusi  usaha            membaiki hubungan antara kedua-dua negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipina              dan Indonesia.                                                                                                                                                              
                                                                                                                                                                                             
        MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK  




Ø
>> Sabah dan Sarawak mengalami sejarah yang hampir sama dengan tanah melayu kerana pernah diduduki oleh kuasa-kuasa Barat,terutama British..



>>    Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah- wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing.                                                                                                                                                                                                                               >>Jika kedua –dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam persektuan Malaysia,layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak



   MENJAGA KEPENTINGAN HAK KAUM    BUMIPUTERA DI SEMUA WILAYAH TERBABIT

   
***  Pembentukan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Brunei dan Singapura juga adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera..


 *** Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum,hal ini akan menghilangkan majorti penduduk Melayu.


***Justeru,apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira bilangan kaum bumiputera (ini untuk menjamin keduddukan orang.melayu dan bumiputera

       PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI                         



   
    >^>   Melalui persekutuan Malaysia ,wilayah-wilayah    anggota akan dapat  mengadakan kerjasama  bersama.

  >^>   Secara tidak langsung,wilayah-wilayah anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu wilayah-wilayah anggota yang belum membangun dan kekurangan sumber ekonomi.


 >^>   Pembentukan Malaysia juga dapat mambantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi,terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekomomi .
     MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA      SABAH,SARAWAK,BRUNEI  DAN SINGAPURA

   

   >  Melalui penubuhan ini negeri2 seperti sabah ,Sarawak brunei dan singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal.

>Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status negeri jajahan,manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naugan



>Sabah dan Sarawak tidak akan merdeka,maka dengan menyertai Malaysia,kemerdekaaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan                                                                                                                                                                      
>Pada tahun 1960 kerajaan british sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahanya




> Di samping itu,kaum bumiputera boleh menikmati layan yang baik apabila menyertai persekutuan.



>  Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat kepadaa wilayah-wilayah berkenaan dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahanya.                                                                                                        
 

Thursday, 5 February 2015

          FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA


  1)MENGELAK ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNI

  > British setuju dengan gabungan ini kerana wujud banyak persamaan antara kedua-dua pihak dari segi sejarah,undang-undang dan ekonomi dan kewangan .

  Boleh memberi kemerdekaan awal kepada Singapura.


    >Gabungan dengan singapura sebenarnya penting atas situasi politik dan keamanan.PARTI TINDAKAN RAKYAT(PAP) di  bwah kempimpinan LEE KUAN YEW yang memerintah singapura mengalami kemerosotan                                                                                                                        > Pada bulan mei dan julai 1961 PAP kalah dalam pilihanraya kecil dengan PARTI RAKYAT SINGAPURA.


     >  Parti PAP berpecah dan membentuk Barisan Sosialis                                                                                                             >  Jika situasi ini dibiarkan dikhuathir kerajaan PAP diambil alih oleh Barisan Sosialis.                                                                                                                                                              >  British dan Persekutuan Tanah Melayu tidak mahu tampuk pemerintahan British diambil alih oleh pemimpin berideologi komunis.